Mangsa Banjir Di Kelantan Kembali Meningkat

Mangsa Banjir Di Kelantan Kembali Meningkat

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,455 mangsa, pagi ini berbanding malam tadi lebih 14,000 mangsa.

Kesemua mangsa membabitkan 4,793 keluarga itu ditempatkan di 37 pusat pemindahan di lima daerah iaitu Pasir Mas, Machang, Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Berdasarkan portal e-Banjir, Pasir Mas terus mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 9,656 mangsa daripada 3,599 keluarga yang berada di 27 pusat pemindahan.

Manakala, Tumpat juga menunjukkan peningkatan mangsa kepada 3,559 penduduk daripada 1,139 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Pasir Puteh pula mencatatkan 173 mangsa (41 keluarga); Kota Bharu 50 mangsa (12 keluarga) dan Machang 17 mangsa daripada dua keluarga.

Sehingga kini, Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah sudah kembali pulih sepenuhnya selepas kesemua pusat pemindahan di tiga daerah berkenaan ditutup.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *