Ibu Mengaku Bunuh Lima Bayi

Ibu Mengaku Bunuh Lima Bayi

PARIS: Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah, hari ini selepas didapati terbabit membunuh lima bayinya, menerusi bukti asid deoksiribonukleik (DNA) yang berjaya diperoleh susulan pergaduhan suspek dengan jirannya, tahun lalu.

Sylvie H, 53 mengaku membunuh lima anaknya, 14 tahun selepas empat daripada lima mayat mangsa ditemui dalam sebuah hutan.

Pembunuhan berkenaan dipercayai berlaku antara 1993 – 1995 dan 2003 – 2005, manakala mayat bayi kelima dijumpai dalam rumah suspek.

Suspek yang memiliki tiga anak lain berusia 18, 27 dan 32 mendedahkan kepada mahkamah minggu ini bahawa dia melahirkan anak berseorangan di rumah tanpa pengetahuan bapa kepada semua bayi malang itu.

Kes berkenaan selama ini membingungkan penyiasat yang cuba mencari punca dan dalang di sebalik kematian semua mangsa.

Bedah siasat mendapati, sekurang-kurangnya dua daripada mangsa dijerut dengan menggunakan wayar namun, tiada sebarang bukti DNA yang boleh mengaitkan kematian semua bayi terbabit dengan ibu bapa mereka, sehingga pasangan berkenaan dan anak sulung mereka terbabit dalam pergaduhan dengan jiran pada September tahun lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *