‘Kenapa orang unlike?’

‘Kenapa orang unlike?’

PENGARAH Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri mengakui tertekan dengan reaksi 84,000 orang tidak menyukai video memaparkan lirik lagu ‘Abang Nak Tegur’ yang turut dinyanyikan bersama usahawan kosmetik, Nur Sajat di YouTube.

Video yang menerima kecaman itu dimuat naik sejak enam hari lalu dan sehingga pagi ini sudah ditonton hampir 1,000,000 kali serta mendapat 84,000 tanda tidak suka itu.

Video tu juga dapat 10,000 ‘like’ di YouTube KRU Music.

Bagaimanapun, Aliff berkata, dia akan membuat kejutan menerusi satu video muzik yang akan diarahkan oleh Yusry KRU. Namun, tarikh pelancaran video muzik itu belum ditetapkan lagi.

“Berasa tertekan juga tambahan pula saya akan ke Real Madrid, Sepanyol dan Milan, Itali pada Sabtu ini untuk menyiapkan video itu.

“Apapun saya akan buat gempak menerusi video lagu itu yang kosnya mencecah RM1 juta.

“Seramai 30 kru akan bersama kami di luar negara selama 10 hari bagi menyiapkan video itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Aliff, kecaman yang diterima juga disifatkannya luar biasa.

Katanya, berdasarkan perancangan awal, dia mahu berduet lagu itu dengan isterinya.

“Puas saya pujuk isteri untuk nyanyi bersama tetapi dia tidak mahu.

“Oleh itu, saya rasa Sajat calon yang sesuai untuk berduet dengan saya,” katanya.

Semalam, Aliff memuat naik status, “Pelik kenapa orang tekan button ‘unlike’ kat YouTube lirik video saya” di Instagramnya dengan gambar 25,000 orang tidak menyukai video itu ketika itu.

Menurutnya, dia menerima cacian dan maki hamun terhadap lagu yang mengisahkan hal rumah tangga.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *