Tiba-Tiba Mawar Senyap Tak Menendang, Perut Mommy Tiba-Tiba Mengeras, Rupanya Mawar Dah Tak Ada

Tiba-Tiba Mawar Senyap Tak Menendang, Perut Mommy Tiba-Tiba Mengeras, Rupanya Mawar Dah Tak Ada

Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan seorang ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan tiba-tiba dapat tahu kandungan yang dikandungnya sudah tidak bernyawa. Disaat ketika naluri kasih sayang seorang ibu sedang membuak-buak dan menunggu kedatangan orang baru dalam kehidupannya.

Itulah yang berlaku kepada Puan Norwaqiah Zulkifli, dimana dia kehilangan anak yang dikandungnya ketika kandungannya berusia 9 bulan.

Jom baca luahan berliau.

Kalau ikutkan due date tarikh hari ni cukup Mawar 40 weeks.

24/11/17 = Mawar kurang gerak tapi perot mommy mengeras. Mommy ingat Mawar nak carik jalan sebab memang tengah tunggu hari je. Mommy ajak daddy pergi hospital tak sedap hati. Pergi hospital misi tak jumpa denyutan jantung Mawar. Allah masa tu mommy dah doa minta keajaiban. Sepanjang perjalanan dalam ambulans nak ke HSA mommy harap diorang salah, mommy berharap Mawar ada lg. Bila doctor pakar sahkan memang Mawar dah takde, mommy redha.

25/11/17 = Tak tahu nak cakap perasaan macam mana bila tengok perot memboyot lagi tapi dalam perot dah tak bernyawa. Mommy macam terasa lagi tendangan Mawar dalam perot. 6.30 pagi mommy kena masuk ubat untuk buka jalan. Bagi masa 6 jam tapi masa ni sakit takde lagi so memang jalan tak buka langsung. Pukul 2.30 masuk ubat kali ke2. Masa ni sakit contraction dah ada. Allah, memang sakit sangat tapi tak sesakit jiwa dan perasaan mommy kehilangan Mawar.

26/11/17 = pukul 2 petang bukaan jalan dah 4 cm, diorang cakap labour room penuh kena tunggu. Pukul6 lebih baru mommy dapat masuk labour room. Pukul 8 Mawar selamat melahirkan. Allah masa tu mommy mengharap mommy dapat dengar tangisan Mawar tapi takde.

27/11/17 = Alhamdulillah Mawar selamat dikebumikan.

Anak mommy Mawar Medina,
Mommy rindu Mawar! Mommy cuma ada kain alas Mawar je untuk hilangkan rindu. Mommy belum kuat untuk terima semua ni. Mommy perlukan masa. Berpantang tanpa Mawar dua kali ganda kesakitan mommy tanggung. Doakan mommy kuat dan tabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *