Zul Ariffin Kehilangan Ibu Tercinta

Zul Ariffin Kehilangan Ibu Tercinta

”Saya Reda Dengan Pemergian Ibu, Semoga Urusannya Dipermudahkan” – Zul Ariffin

Robiah Nasir, ibu kepada pelakon popular Zul Ariffin, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi.

Allayarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di Sungai Penchala, Damansara di rumah kakak kepada bintan utama filem Tombiruo Penunggu Rimba.

Media melaporkan bahawa jenazah ibu Zul akan disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan.

“Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung.

“Apapun, saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,” kata Zul seperti yang dilaporkan Kosmo!.

Kelab Peminat Zul Ariffin (ZA.FC) turut memuat naik berita sedih tersebut di akaun Instagram mereka dan kesedihan tersebut turut dikongsi oleh para peminatnya yang rata-rata mengucapkan takziah kepada pelakon tersebut. Salam Takziah diucapkan kepada Zul Ariffin dan seisi keluarga.

 

Sumber : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *