Jangan Sesekali Biar Pintu Kereta Tidak Berkunci

Kita selalu terdengar cerita kes larikan kereta akibat kecuaian kita dek tidak mematikan enjin kereta. Bertambah buruk sekiranya terdapat penumpang kecil yang ditinggalkan. Mahukah kita biarkan kejadian tak diingini berlaku dan menanggung sesalan seumur hidup? Mencegah adalah lebih baik dari menanggung akibat dari kecuaian kita. Berikut merupakan perkongsian dari seorang ibu yang hampir menempuh kejadian yang tidak kita inginkan.

JANGAN SESEKALI LUPA KUNCI SEMUA PINTU KERETA!

Tengok balik gambar anak yang sempat ambil before scene mendebarkan siang tadi, rasa berdebar tu datang balik pulak. Alhamdulillah aku dan anak2 masih dilindungi Allah swt.

Petang tadi kat Bandar Puchong Jaya dalam jam tiga lebih dekat kawasan kedai2, suami masuk parking n turun sekejap untuk ke kedai printing. Nak print few documents yang baru teringat kena passkan pada client untuk next appointment petang tu.

Aku stay dalam kereta dengan anak2. Melissa macam biasa lah, pantang berhenti kereta, dia cepat2 amik peluang g pindah seat driver n main2 berangan bawak kereta. Aku n baby pulak kat seat belakang. Tengah suap baby tu, perasan ada kereta hitam berhenti belakang kereta. Then seorang lelaki melayu *sekilas pndg mcm melayu* dengan cap n shades keluar drpd pintu sebelah pemandu.

Waktu lelaki tu keluar daripada kereta tu sebenarnya hati ni entah kenapa mmg dah rasa ade yg xkena. Ssh nak explain, tapi feel mcm kene berjaga2 tu tetibe je terase. So aku yg tengah suap baby makan ni memang terus perhatikan pintu kereta n perasan pintu dah kunci. Dah tu aku sambung perhatikan dye balik. N guess what, dye memang betul datang ke pintu yg aku mengadap suapkan Mikhael tu (pintu belakang driver, aku duduk tengah) n terus tarik pemegang tuk bukak pintu. Aku freak out gila, mase tu terus pandang Melissa yg duduk kat seat driver. Waktu tu rasa nak tercabut jantung bila baru perasan pintu tu xlock sebenarnya. Spontan aku jerit “Kakaakkk!!!” sambil menonggeng daripada seat belakang ke seat depan untuk tekan lock tu.

Waktu aku jerit, lelaki tu maybe terperanjat jgk kot n chow terus daripada pintu kereta. Baby pun nangis. Aku yg dah gigil2 tgn ni cpt2 angkat baby, toleh belakang, kereta yg benti tadi pun dah gerak. Sumpah terkejut sangat2. Cerita aku mungkin macam panjang, padahal bendanya jadi dalam beberapa saat je. Betul cakap orang, kalau nak jadi benda, sekelip mata pun boleh jadi macam2.

Nak buat report petang tadi xjadi sebab lepas tu kejar masa tuk settekan appointment dengan 2 org lagi client. Settle sume dah lewat petang, kesian anak2 yg penat ikut dari Johor pagi2 lagi dah gerak. Lagipun nak buat report pun, sume details aku xtau. Xperasan pun sebab sumenye cepat sgt jadi.

Sampai skrg terfikir. Apa niat dia sebenarnya? Kenapa nak bukak pintu belakang? Kenapa bukan bukak pintu driver? Kalaulah terbukak tadi, dia nak bawak lari Mikhael mommy ke? Apa nak buat kalau itu yg jadi? Haish.. Macam2 lah. Terbayang cerita2 yg aku baca sebelum ni. Tinggalkan anak kejap untuk ambil barang pun anak org bawak lari. Nauzubillahi minzalik.
Sebab tu aku sharekan pengalaman ni supaya ibu bapa kat luar sana xterleka macam aku. Walaupun tinggal sekejap je, walaupun ada org dewase teman sama dalam kereta, JANGAN SESEKALI LUPA KUNCI SEMUA PINTU KERETA!

Ingat yg kalau benda nak jadi, sekelip mata pun boleh jadi. Alhamdulillah. Allah lindungi aku dan anak2 n diberi peluang belajar sesuatu yg sangat berharga harini. Mommy xcuai lagi lepas ni.

 

Sumber: Shazzy Wanie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *