“Kau Belanja Apa Sampai Banyak Tu, Bodoh” – Kisah Suami Tengking Isteri Di Khalayak Gara-Gara Beli Barang Keperluan Melebihi Bajet

Jom kita sama-sama bermuhasabah. Dalam keadaan ekonomi yg agak tak menentu ni, macam-macam hal boleh berlaku. Mungkin tekanan kewangan yang menyebabkan sang suami hilang pertimbangan. Mana taknya, budget yang ada kurang dari jumlah barang yang dibeli. Mungkin elok kalau kita amalkan merancang sebelum membeli barang. Eloklah isteri senaraikan dulu barang keperluan yang perlu dan tunjuk pada si suami dahulu. Ataupun paling tidak pun suami beritahu isteri berapa budget yang ada untuk barang dapur tu. Dikongsikan berikut coretan dari pengguna media sosial untuk sama-sama kita jadikan iktibar.

 

Assalamulaikum admin. Saya tiada masalah rumah tangga cuma nak kongsi satu kejadian depan mata. Mcm ni tadi tengah hari saya pegi belanja barg dapur di shoping mall mines serdang.selepas saya pilih barangan dapur barangan. Saya pegi ke casir untuk membayar.sedang antri didepan saya ad suami istri beserta anaknya 2 org satu beby lgi yg satu.sama umur kurang lebih anak saya. Saya terkejut min akk casir tu ckp dia ni kene bayar 275rm. Sebab saya dengar dengn jelas.kmu tau min ap jawaban suami dia,kau belanja ap saja sampai banyk tu bodoh.ditengkingnya istri depan org ramai tu masa tu dibelakang saya adalah dalm 3 4 org yg antri nak bayar. Aku tengok wajah istri dia merah padam malu. Lepas tu suami dia hulur duit 150 saja.terus belah Tampa perdulikan lgi istri dan anaknya.
Tk cukup disitu min si istri ni terus ckp duit tk cukup dengn casir ni. dia letak barg 2 lain. Dia hanya ambik beras pampers anak susu.dan telur sedangkan barag yg lain tu dia tk jadi ambek.saya kasian min tengok dia lepas tu saya ckp dengn dia akk ambek je biar saya yg bayar bakinya.mula2 dia tk nak min dia ckp tk apa dek saya paksa dia Terima sebab dibelakang ramai yg antri. Dengn berat hati dia ambil,barangan tu semua hati saya masa tu sedih min terjadi depan mata saya,saya tk sampai hati tengok anak2 dia tk sedar air mata meleleh min. mungkin dalam hati dia betapa sakitnya hati dia betapa malu dimaki di tengking depan org ramai.aku nak sampaikan pada lelaki diluar sana jangn kau malukan istrimu depan org ramai jangn kau hina dia hargailah istrimu karna nafkah sesungguhnya adalah tanggung jawabmu.itu saja nak luah min saya sampai sekrg masi teringat kejadian tu alhamdulillah min suami baik cukup dalm memberi nafkah terhadap saya dan anak2, terima kasih min assalammulaikum waroh matullohi wabarokatuh

 

Sumber: Kisah Rumah Tangga Fans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *