Dirogol Lelaki Bertopeng

REMAJA perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang bersenjatakan pisau di pangsapuri di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian 3 pagi itu, mangsa yang tidur di biliknya dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan mengacukan pisau supaya dia tidak menjerit.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa kemudian mengejutkan ibunya di bilik berasingan dalam keadaan menangis ketakutan.

“Mangsa mendakwa dirogol seorang lelaki kepada ibunya.

“Ibu mangsa kemudian membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan baru pada kemaluannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas aduan, pada jam 12.10 tengah malam tadi sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di kawasan berhampiran kediaman mangsa dan menangkap seorang lelaki berusia 22 tahun.

“Siasatan mendapati suspek memasuki kediaman mangsa melalui pintu utama kerana tombol pintu sudah rosak dan pagar tidak berkunci.

“Suspek juga mengenali mangsa dan semakan rekod lampau mendapati suspek terbabit dengan empat kes dadah sebelum ini.

Katanya, ujian air kencing suspek juga positif Methaphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 506 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *