10 Petua Jaga Hati Isteri. En Suami Buat, Pasangan Lagi Sayang!

Hal yang paling diharapkan oleh isteri terhadap suaminya adalah agar menjadi seorang yang bertanggungjawab dan penyayang. Luahan kasih sayang ini selain dapat ditunjukkan melalui perbuatan, lain tidak bukan adalah melalui komunikasi dan interaksi yang baik antara keduanya. Semua ini penting demi menjaga hati dan perasaan setiap pasangan.

Memang benar, mana mungkin hubungan suami isteri tidak pernah berselisih pendapat yang akhirnya menjadi penyebab berlakunya pertelingkahan. Namun jika suami bijak dalam memainkan peranannya, maka tiada lagi istilah berkecil hati atau sakit hati terjadi pada isteri.

Untuk itu, si suami digalakkan untuk lakukan 10 petua bagi membahagiakan hati dan perasaan isteri. Jom semak!

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata mahu pun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan mahu pun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

 

Sumber : fb petua untuk suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *