Aku lelaki, suami & bidan…part 1

26 September 2016, 1.20 pagi…lahirnya puteri ku yang ke-2. Puteri pertama yang kini dah berusia 2 tahun, sudah pasti mempunyai keistimewaan tersendiri. Mana taknya, lahir pada tarikh keramat 5.5.15, 5.55 pagi (mungkin ada banyak lagi nombor 5 yang masih tersirat). Yang nombor 2 ni pulak? Haa…lahirnya ke dunia ni disambut oleh sepasang tangan seorang yang bergelar lelaki, suami, dan baba. Aku BIDAN. Agak-agak apa perasaan aku sebelum, semasa, dan selepas kelahiran tu?

Menyingkap balik pengalaman membidankan isteri buatkan aku rasa sangat bersyukur. Aku kongsikan pengalaman yang tak ternilai ni untuk panduan para pembaca andai kata menghadapai situasi yang tak dijangka ini. Sebaik mana anda plan sekalipun jangan disangka perkara sebegini takkan berlaku. Aku? Dah tentu aku pun tak nak perkara macam ni berlaku. Takut dan gementarnya hanya tuhan saja yang tahu. Mana taknya…soal hidup dan mati. Mungkin kita selalu terbaca wanita lahirkan anak dalam kapal terbang, dalam kereta, dalam bas…atau di mana-mana lagi selain dari hospital atau ditemani pakar perbidanan bertauliah tapi jarang sekali dapat kongsi pengalaman mereka, Pengalaman aku ni agak syahdu sikit…menghadap situasi genting berseorangan (selain isteri dan anak sulung yang baru setahun tu). Mana taknya, kejadian berlaku dah tengah malam…pukul 1 pagi. Jiran-jiran, emak ayah abang semuanya dah tidur.

Ok, kalau diikutkan due date anak ke-2 ni ada lagi 2 minggu. Tapi ke dua-dua puteriku ni tak sabar nak tengok dunia. Minggu ke 36 dah pun keluar. Alhamdulillah, pengalaman menyambut kelahiran anak sulung banyak membantu aku dalam menghadapi situasi ni. Jarak anak pula hanya setahun je…so segalanya masih fresh dalam kepala. Tapi kalau kat klinik or hospital asyik kena marah ja dgn nurse2 tu. Orang kata dah rezeki nak buat macam mana kan. Dah plan pun masih dapat gak lagi. Kalau aku ok ja…dapat jugak anak sulung aku berkawan dan belajar bertoleransi dengan adik.

Pengalaman anak pertama dulu tak kurang mecabarnya juga. Pengalaman ni la yang buat aku lebih bersedia dan tahu cara-cara menyambut baby. Masuk minggu ke 28 isteriku mengadu sakit perut. Masa tu masih mentah…masih tak tau term term seperti contraction dan tempoh tempoh kekerapan cotraction tu berlaku. Yang aku tau isteri aku mengadu sakit perut yang luar biasa. Hakikatnya, dia pun tak tahu yang sakit tu adalah contraction atau bahasa kampungnya…sakit nak bersalin. Ajak gi klinik tak mahu. Katanya mungkin sakit perut biasa ja. “Sekejap lagi hilang lah tu”. Kata isteriku. Cuba lelapkan mata, tapi lepas sejam masih sakit dan makin sakit. “Tak kan dah nak keluar kot. Ni baru 27 minggu”. Keluh isteriku. Dah lah tu, klinik kat area sini pulak semuanya tutup awal…kul 10 malam dah tutup. Kalau nak ke hospital…kurang-kurang empat jam kene queue kat bahagian emergency tu. Aku pun google lah senarai klinik2 panel company yang beroperasi 24 jam. Yang paling dekat pun kat Puchong…lebih kurang 20 minit dari rumah.

Akhirnya kul 2 pagi aku bawak isteri gi klinik. Sampai klinik, lengang…takde patient lain. Dah register..kemudian masuk jumpa ‘doktor’. Perempuan dan tak berapa fasih bercakap melayu. Dah explain sakit2 semua tu…dah cerita pasal tempoh kandungan dan macam-macam lagi…tapi ‘doktor’ macam langsung tak reti. Sudahnya ‘doktor’ suspect angin. Hahahahaha. Dapat la dua tiga jenis ubat…salah satunya ubat buang angin. Doktor pesan makan ubat dan pastu gerenti ok. Keluar klinik masuk dalam kereta…aku pandang isteriku, masing-masing ragu-ragu. ‘Doktor’ langsung tak tau pasal ilmu pragnency. Last-last decide pegi hospital Putrajaya. Tak berani nak makan ubat sebarangan. Dah la ‘doktor’ sangat meragukan.

Sampai hospital dah 3 pagi…terus ke bahagian emergency. Nak daftar je staff kat kaunter tanya usia kandungan. Sebaik cakap dah 27 minggu, terus di arahkan ke bahagian wad bersalin. Wad Bersalin? Errrr…aku dan isteri tercengang dan…alamakk…

Menurut staff kat bahagian emergency tu, kalau kandungan dah berusia 26 minggu ke atas kene terus refer ke bahagian wad bersalin. Dorang dah tak handle. Ok…paham. Tapi…tak kan dah nak bersalin? Baru 28 minggu kot. Isteriku dah makin gelisah. Mana taknya…kalau ditakdirkan lahir awal dah jadi kategori kelahiran pra-matang. Banyak risiko-risikonya. Aku pulak…dah makin ligat kepalaku berputar. Kelengkapan menyambut baby langsung tak disediakan lagi, walaupun dah di advice oleh kawan baik aku. Pesanan untuk ibu2 muda…kalau kandungan dah masuk 25 minggu tu patut dah disediakan kelengkapan menyambut baby dan dibawa ke mana saja kita pergi. Standby je dalam kereta tu. Aku dah mula menyesal dan serabut…satu apa pun tak ada lagi. Pampers baby belum beli. Baju baby belum packing. Kain batik isteri dan pakaian maternity dia semua tak disediakan lagi. Huhuhuhu.

…..bersambung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *