Pendedahan pakar kenapa anda tidak sepatutnya simpan coklat bar di dalam peti sejuk

Coklat bar tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk sekalipun pada hari-hari yang cuacanya agak panas – nasihat pakar.

Ini adalah kerana suhu yang terlebih sejuk boleh mengubah rasa asli coklat yang lazat.

Lukas Owen Smith, yang pakar dalam kawalan rasa manis coklat dan memiliki perniagaan online yang dipanggil Chocolate Bar, telah tampil dengan nasihat yang akan memberi persepsi baru kepada pencinta coklat.

Bercakap dengan Stuff di New Zealand, beliau berkata coklat yang disimpan di dalam peti sejuk mebuatkan rasa coklat tersebut begitu “membosankan” dan “tidak mengeluarkan rasa sebenar”.

Beliau menambah: “Suhu yang sangat sejuk boleh merosakkan rasa coklat sepertimana yang dilakukan oleh suhu panas.”

Jadi bagaimana anda mengelakkan coklat anda daripada cair?

Menurut Smith, coklat bar mesti disimpan di tempat yang gelap atau tidak terdedah kepada cahaya, sejuk dan kering – tetapi bukan di dalam peti sejuk.

Sebuah almari dengan suhu antara 10 dan 20 darjah Celcious adalah suhu yang paling sempurna.

Tetapi jika suhu di dalam mencapai 28 darjah Celcious atau ke atas maka kita tidak mempunyai pilihan untuk menyejukkannya di dalam peti sejuk – atau mebiarkan coklat bar menjadi cair.

“Jika terlalu panas, peti sejuk anda adalah satu-satunya pilihan … ia tidak bagus untuk coklat,” kata Smith.

Jadi untuk memastikan keenakannya jika terpaksa disimpan di dalam peti sejuk, coklat harus dimasukkan ke dalam bekas kedap udara sebelum disimpan di dalam peti supaya ia tidak menyerap apa-apa rasa dan bau.

Untuk merasa keenakan rasa coklat sebenar, pastikan anda membiarkan suhu coklat naik ke sekitar 15 darjah celcious selepas dikeluarkan dari peti sejuk sebelum anda menikmatinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *